Selasa, 4 Mei 2010

KISAH YAHUDI YANG TAK MAHU BERSYUKUR

SALAM KOMRADSHIP.
Setiap daripada kita bertungkus-lumus bekerja bagi memenuhi tuntutan kehidupan kita. Apabila kita cuba mengatur keseimbangan antara keperluan & kehendak dalam kehidupan kita, kita sering di duga oleh hawa nafsu yang sentiasa mahu memiliki melebihi orang yang lain.

Ada antara kita yang membandingkan nasib sendiri berbanding nasib orang lain. Sehingga ada keadaannya apabila nafsu berjaya menguasai diri, seseorang itu tidak gembira menjadi dirinya sendiri dan bertanya-tanya kepada nafsunya, "mengapa nasib aku tidak sebaik si polan".

Terkadang, dengan tujuan untuk kelihatan berdiri sama tinggi, kita menuntut, mendesak & meminta itu dan ini dan tanpa kita sedari sememangnya tuntutan yang berasaskan hawa nafsu sememangnya tidak akan ada kesudahannya.

Allah SWT telah memberikan peringatan kepada kita tentang sikap mendesak meminta-minta ini dengan menurunkan ayat 60 dan 61 Surah Al-Baqarah seperti di bawah:-

DAN INGATLAH KETIKA NABI MUSA MEMOHON (KEPADA ALLAH) SUPAYA DI BERI AIR UNTUK KAUMNYA

MAKA KAMI (ALLAH) BERFIRMAN “PUKULLAH BATU ITU DENGAN TONGKATMU”

IA PUN (MUSA) MEMUKULNYA

LALU TERPANCUTLAH DARI BATU ITU 12 MATA AIR

SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP SATU PUAK DI ANTARA MEREKA TELAH MENGETAHUI TEMPAT MINUMNYA MASING-MASING

DAN KAMI (ALLAH) BERFIRMAN “MAKANLAH DAN MINUMLAH KAMU DARI REZEKI ALLAH ITU DAN JANGANLAH KAMU MEREBAKKAN KEROSAKAN BENCANA DI MUKA BUMI”

DAN KENANGKANLAH KETIKA KAMU (YAHUDI) BERKATA “HAI MUSA KAMI TAK SABAR SUDAH JEMU DGN MAKANAN YANG SEMACAM SAHAJA MAKA POHONKANLAH KEPADA TUHANMU UNTUK KAMI SUPAYA DI KELUARKAN BAGI KAMI SEBAHAGIAN DARI APA YANG TUMBUH DI BUMI DARI SAYUR-SAYURANNYA DAN MENTIMUNNYA DAN BAWANG PUTIHNYA DAN KACANG DHALNYA SERTA BAWANG MERAHNYA”

NABI MUSA MENJAWAB “ADAKAH KAMU MAHU MENUKAR SESUATU YANG KURANG BAIK DENGAN MENINGGALKAN YANG LEBIH BAIK? TURUNLAH KAMU KE BANDAR DI SANA KAMU BOLEH DAPATI SEMUA YANG KAMU MINTA ITU”

DAN MEREKA DI TIMPAKAN DENGAN KEHINAAN DAN KEPAPAAN DAN SUDAH SEPATUTNYA MEREKA MENDAPAT KEMURKAAN DARIPADA ALLAH YANG DEMIKIAN ITU MENYEBABKAN MEREKA KUFUR MENGINGKARI AYAT-AYAT ALLAH PERINTAH-PERINTAH DAN MUKJIZAT-MUKJIZAT YANG MEMBUKTIKAN KEBESARANNYA DAN MEREKA PULA MEMBUNUH NABI-NABI DGN TIDAK ADA ALASAN YANG BENAR YANG DEMIKIAN ITU ADALAH DI SEBABKAN MEREKA MENDERHAKA DAN MRK PULA SENTIASA MENCEROBOH

Ayat di atas menceritakan tentang bangsa Yahudi yang tidak tahu bersyukur dan terus meminta-minta kepada Nabi Musa supaya memohon kepada Allah berbagai-bagai benda dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan lantas mengundang kemurkaan Allah.

Saya tidak menafikan hakikat kehidupan mengejar kesempurnaan. Tetapi jika kita tidak bersyukur dgn apa yang kita miliki sekarang, kita membandingkan pula dengan "kebahagiaan" orang di Jepun, Australia dan Korea, serta mempersoalkan pula takdir kita di sini dengan berkata:-

"Rakyat di Uganda kehidupan mereka lebih baik, gaji mereka lebih banyak, harga minyak mereka lebih murah"......tiada kesudahannya,meminta-minta.

Jika kita mengikut sunnah Nabi Musa dalam ayat di atas, kepada mereka yg berperangai seperti Yahudi yg mendesak meminta2 begitu, boleh saja kita berkata sebegini :-

“ADAKAH KAMU MAHU MENUKAR SESUATU YANG KURANG BAIK DENGAN MENINGGALKAN YANG LEBIH BAIK? BERPINDAHLAH KAMU KE UGANDA KERANA DI SANA KAMU BOLEH DAPATI SEMUA YANG KAMU MINTA ITU”

Jumaat, 30 April 2010

YOUNG LEADERSHIP

COMRADS,
Leadership among youth has always been an issue in history. Differing opinions and ideas has always been cause for concern and always the younger generation with the new better ideas were seen to be radical. As radical as their ideas and actions were, desperate times calls for desperate measures. As we have seen many times throughout history the older ones, usually the ones in power, have a tendency to be satisfied with how the situation is at the current moment. While the younger generation instigates progress, and catalyzes enhancements.

The situation has not change even today. The younger generation of our community is striving towards innovativeness. Coming up with new broad and creative ideas. But more importantly, coming up with different ideas.

We should all realize by now that the new generation is going to take over, and asking us to conform to older and primitive methods and ideals is irrelevant. We are the new generation and we carry the voice of change, the voice of progress, the voice of tomorrow.

The older generation should not only listen to what we have to say but rather, refine us, teach us, and educate us, so we can after all that be better than you can ever be. The purpose is to create a stronger, better generation. And that can only be achieved if the older generation listens and teaches the younger generation. The generation of the future. Children of the future. The Advent of our children. Advent Children.

Ia pergi tanpa menjamah walau sebiji pun...

Salam Komradship.

KENANGAN KU BERSAMA PAK YA... YANG KINI SEDANG MENCARI TUHAN DI PERKEBUNAN...

Kisah ini tentang Sang Pengembara. Telah lama beliau mengembara ke utara dan selatan mencari tuhan...Barulah kini Sang Pengembara itu tahu bahawa rupanya, "Tuhan Berada di dalam bajunya"...

Memang adat Sang Pengembara untuk mengembara...sampai suatu hari Sang Pengembara tiba di sebuah desa...Sang Pengembara berhenti sejenak di sebuah warung untuk membasahkan tekak dan mengisi perut yang kosong...selesai menjamu selera, Sang Pengembara terserempak dengan seorang penjual benih...Sang Pengembara tertarik dengan anak pokok rambutan.... Sang Pengembara menukarkan benih pokok rambutan itu dengan sisa baki wang dalam sakunya..di kendong benih pokok rambutan itu dengan bangga ke hujung desa...

Sang Pengembara mahu berehat dari mengembara untuk sementara waktu... Sampai di hujung desa, Sang Pengembara menanam benih pokok rambutan kesayangannya...dibinanya kamar rehatnya sekadar saja berhampiran pedu anak pokok rambutan itu... Setiap jam, Sang Pengembara menyeru asas sebab tuhan mencipta benih rambutan, dengan seruan " besarlah kamu sebagaimana adat hidup kejadian kamu,hidup suburlah kamu memberi hasil yang bisa memaniskan lidah dan menggembirakan manusia..."

Setiap jam, Sang Pengembara membelai daun dan menyiram benih rambutan kesayangannya.. Setiap jam, Sang Pengembara merenung dengan penuh kasih dan sayang terhadap pokok rambutan itu... Datang sekawan kambing meratah pucuk anak rambutan, Sang Pengembara mengusir sekawan kambing itu penuh sopan... Sang Pengembara tidak menyalahkan Kambing...kerana memang resmi Sang Kambing memakan pucuk...kan itu asas kejadiannya oleh Tuhan...

Sang Pengembara menyusup jauh ke dalam hutan untuk mencari rimbunan buluh...batangan buluh di raut rapi...miang buluh memang tidak menyelesakan...Namun Sang Pengembara sabar kerana dia yakin dengan Tuhannya...walaupun asas kejadian kambing untuk memakan pucuk, tetapi tuhan memberi akal kepada kita untuk membuat pagar...biarlah sang kambing memakan pucuk lain yang tidak berpagar...fikir sang pengembara...

Semakin hari asas sebab jadinya anak untuk membesar dengan izin tuhannya....Maka lama kelamaan dengan rutin kasih sayang yang sama, semakin besar dan rimbun, pokok rambutan kesayangan Sang Pengembara...

Suatu hari di musim tengkujuh, memang adat kejadian tengkujuh..tuhan menurunkan hujan yang lebat,meniupkan angin yang kencang dan memancarkan halilintar yang membingitkan telinga...mujur Sang Pengembara juga memiliki kamar pondok untuk sekadar berlindung,tetapi matanya tidak putus dari memerhatikan nasib pokok rambutan kesayangannya, dan bibirnya tidak putus memanjatkan doa kepada yang maha kuasa agar sejahtera pokok rambutan kesayangannya dalam taufan yang semakin menggila....

Tiba-tiba, kilat memancar dan mematahkan salah satu daripada 3 dahan rimbunan pokok rambutannya... Curahan hujan belum reda...dan Sang Pengembara kuyup menuju pokok rambutan kesayangannya dengan tujuan untuk menyelamatkan dahan yang telah menyembah bumi... Sambil tersenyum memikirkan hikmah kejadian, dalam kebasahan dan kesejukan, Sang Pengembara dengan tenang dan sabar merawat dahan pokok rambutan kesayangannya...

Dicapainya akar pokok untuk di buat tali, di rautnya rotan untuk di buat tompang, memang adat pisau belati melukakan, maka mengalir darah memancut-mancut dari jari Sang Pengembara, menimpa bumi bersama-sama dengan titisan hujan...Sang Pengembara tetap senyum..mengakui kealpaannya... Selesai merawat...hujan semakin reda...Sang Pengembara melangkah agak lemah masuk ke kamarnya...Namun hatinya meluap-luap rasa gembira kerana misi rawatnya berjaya...

Keesokan harinya, Sang Pengembara di uji tuhan dengan rasa demam,lemah,selsema dan kesakitan menahan bisa sang belati...Sang Helang hinggap sebentar di rantingan pokok rambutan....sambil memerhati ke arah Sang Pengembara yang kesakitan...

"BODOH PUNYA MANUSIA...HUJAN DAN RIBUT BUKAN MAINAN MU!!!" seolah-olah itu jeritan Sang Helang... Beberapa hari kemudian....adat penyakit ada ubatnya, Sang Pengembara keluar semula dari kamarnya untuk meneruskan rutin hariannya...menjaga pokok rambutan kesayangannya.... Oh telah mula berbunga pokok rambutan ini...Sang Pengembara tersenyum bangga...

"WAHAI MANUSIA KELILINGKU DI DESA INI, NANTI KAMU MAKAN LAH HASILNYA!!!" seolah-olah itu makna senyum kebanggaan Sang Pengembara...

Pagi itu, Sang Pengembara tidak melakukan kebiasaannya...Sang Pengembara bersiap dan berkemas untuk kembali mengembara...

"lama sudah rasanya aku tidak mengembara...sedangkan adat asal jadi ku oleh tuhan untuk aku mengembara...Itulah mungkin janjiku pada tuhan di Loh Mahfuz dulu..."...

Selesai berkemas..Sang Pengembara melintasi pokok rambutan kesayangannya...Sang Pengembara tersenyum bangga melihat bunga telah menjadi buah...buah rambutan yang merah menyala...ranum...masak dan mengiurkan... Sang Pengembara membelek dan memerhatikan buah rambutan tersebut..."Sempurna sudah asal jadimu...janjimu dengan tuhan telah terlaksana"...seru sang pengembara... Maka Sang Pengembara meneruskan langkahnya...mengembara terus mengembara...

IA PERGI TANPA MENJAMAH WALAU SEBIJI PUN...