Jumaat, 28 Mei 2010

Rahsia Dakapan Jibril AS

Hadis daripada Aisyah RA, beliau berkata:-

كَانَ ‏أوَّلَ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُوْلُ اللهِ ‏ ‏صلى الله عليه وسلم الرُّؤْيَا الصَّادِقَةُ في النَّوْمِ، فَكَانَ لاَ يَرَى رُؤْيَا إلاَّ جَاءَتْ مِثْلَ ‏ ‏فَلَقِ ‏ ‏الصُّبْحِ، ثُمَّ حُبِّبَ إلَيْهِ الخَلاَءُ فَكَانَ يَلْحَقُ ‏‏بِغَارِ حِرَاءٍ ‏ ‏فَيَتَحَنَّثُ ‏‏فِيْهِ. ‏قَالَ: والتَّحَنُّثُ: التَّعَبُّدُ ‏ ‏اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ العَدَدِ، ‏‏قَبْلَ أنْ يَرْجِعَ ‏‏إلى أهْلِهِ، ويَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ، ثُمَّ يَرْجِعُ إلى ‏خديجةَ، ‏فَيَتَزَوَّدُ بِِمِثْلِهَا، حَتَّى فَجِئَهُ الحَقُّ وهو فى ‏‏غَارِ حِرَاءٍ ‏‏فَجَاءَهُ ‏‏المَلَكُ ‏‏فَقَالَ:‏ ‏اقْرَأ. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ ‏ ‏صلى الله عليه وسلم: (( مَا أنا بِقَارِئٍ )). قَالَ: (( فَأَخَذَنِي ‏‏فَغَطَّنِي ‏حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجُهْدَ، ثُمَّ ‏أرْسَلَنِي ‏فَقَالَ: اقْرَأ. قُلْتُ مَا أنا بِقَارِئٍ. فَأخَذَنِي ‏‏فَغَطَّنِي ‏الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجُهْدَ، ثَمَّ ‏أرْسَلَنِي‏ ‏فَقَالَ: اقْرَأ. قُلْتُ مَا أنا بِقَارِئٍ. فَأخَذَنِي ‏فَغَطَّنِي ‏الثَّالِثَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الجُهْدَ، ثُمَّ أرْسَلَنِي ‏فَقَالَ ﴿ ‏اقْرَأ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴾ الآيات إلى قوله ﴿ عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ‏﴾ )). ‏فَرَجَعَ بِهَا رسولُ اللهِ ‏‏صلى الله عليه وسلم ‏‏تَرْجُفُ بََوَادِرُهُ، حتَّى دَخَلَ على ‏خديجةَ ‏فَقَالَ: (( ‏زَمِّلُوْنِي ‏‏زَمِّلُوْنِي )) ‏فَزَمَّلُوْهُ حَتَّى ذَهَبَ عَنْهُ ‏الرَّوْعُ.‏ قَالَ لِخديجةَ: (( أيْ ‏خديجةُ، مَا لِي لَقَدْ خَشِيْتُ على نَفْسِي؟)) فَأخْبَرَهَا الخَبَرَ. قَالَتْ ‏خديجةُ: ‏كَلاَّ أبْشِرْ، فَوَاللهِ ‏لاَ يُخْزِيْكَ ‏اللهُ أبَدًا، فَوَاللهِ إنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَصْدُقُ الحََدِيْثَ، وَتَحْمِلُ ‏‏الكَلَّ، ‏وَتَكْسِبُ ‏المَعْدُوْمَ، ‏وَتَقْرِي ‏الضَّيْفَ، وَتُعِيْنُ على ‏نَوَائِبِ ‏الحَقِّ. فَانْطَلَقَتْ بِهِ خديجةُ حَتَّى أتَتْ بِهِ ورقةَ بْنَ نوفلٍ، وهو ابْنُ عَمِّ خديجةَ أخِي أبِيْهَا، وكان امْرَأً تَنَصَّرَ في الجاهليَّةِ، وكان يَكْتُبُ الكتابَ العربِيّ، ويَكْتُبُ من الإنجيلِ بالعربيَّةِ ما شاءَ اللهُ أنْ يَكْتُبَ، وكان شَيْخُا كَبِيْرًا قَدْ عَمِيَ، فقالتْ خديجةُ يا ابنَ عَمِّ، اسْمَعْ مِنْ ابْنِ أخِيْكَ قال ورقةُ: يا ابْنَ أخي، ماذا تَرَى؟ فأخْبَرَهُ النبي صلى الله عليه وسلم خَبَرَ مَا رَأى، فقال ورقةُ: هذا النَامُوسُ الذي أُنْزِلَ على موسى، لَيْتَنِي فيها جَذَعًا، لَيْتَنِي أكونُ حيًّا - ذَكَرَ حَرْفًا - قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((أو مُخْرِجِيَّ هم؟)) قال ورقةُ: نعم، لم يَأْتِ رَجُلٌ بِمَا جِئْتَ بِهِ إلاَّ أُوْذِيَ، وإنْ يُدْرِكْنِي يَوْمُكَ حَيًّا أنْصُرْكَ نَصْرًا مُؤَزَّرًا. ثم لم يَنْشَبْ ورقةُ أن تُوُفِّيَ وَفَتَرَ الوحيُ فَتْرَةً حتى حَزِنَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم.

Wahyu pertama yang diterima Rasulullah adalah mimpi yang benar. Setiap kali baginda bermimpi, mimpi itu datang bagaikan terangnya Subuh. Kemudian baginda sering menyendiri. Biasanya baginda menyepi di gua Hira'. Di sana, baginda beribadah bermalam-malam, sebelum kembali kepada keluarganya (isterinya). Untuk itu beliau membawa bekal. Setelah beberapa hari, baginda pulang ke Khadijah untuk mengambil bekal lagi untuk beberapa malam. Hal itu terus baginda lakukan, sampai tiba-tiba wahyu datang, ketika baginda sedang berada di gua Hira'. Malaikat (Jibril as.) datang dan berkata:
Bacalah. Baginda menjawab: Aku tidak dapat membaca. Rasulullah saw. bersabda: Malaikat itu menarik dan memeluk-ku, hingga aku merasa kepayahan.
Lalu dia melepaskan-ku seraya berkata: Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca.
Dia menarik dan memeluk-ku lagi, hingga aku merasa kepayahan. Kemudian dia melepaskan sambil berkata:
Bacalah. Aku menjawab: Aku tidak dapat membaca. Dan untuk yang ketiga kalinya dia menarik dan memeluk-ku sehingga aku merasa kepayahan, lalu dia melepaskanku dan berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak dia ketahui)."
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pulang ke rumah Khadijah dalam keadaan gemetar, seraya berkata: Selimutilah aku, selimutilah aku! Keluarganya pun menyelimutinya, sehingga perasaan takutnya hilang. Kemudian beliau berkata kepada Khadijah: Hai Khadijah, apa yang telah terjadi denganku? Lalu beliau menceritakan seluruh peristiwa. Beliau berkata: Aku benar-benar bimbang terhadap diriku. Lalu Khadijah menenangkan baginda sambil berkata : "Jangan begitu, bergembiralah. Demi Allah, Allah tidak akan merendahkan-mu selamanya. Demi Allah, sungguh engkau telah menyambungkan tali persaudaraan, engkau selalu jujur dalam berkata, engkau telah memikul beban orang lain, engkau suka mengusahakan keperluan orang tak punya, menjamu tamu dan senantiasa membela kebenaran.
ULASAN:
1. Saya hanya akan mengulas hadis dari Aisyah RA ini dari aspek hikmah dakapan Jibril AS ke atas Baginda SAW.
2. Pada ketika itu, Baginda SAW sedang ketakutan, kekeliruan, menggeletar keseorangan apabila tiba-tiba di suruh oleh Malaikat Jibril AS untuk membaca.
3. Malaikat Jibril AS mendakap Baginda dengan erat sebanyak 3 kali bagi menenangkan Baginda SAW.
4. Hanya selepas Baginda SAW bertenang, barulah Baginda di bimbing oleh Malaikat Jibril AS untuk membaca 5 ayat pertama surah Al-Alaq tersebut.
5. Baginda SAW selepas itu balik ke rumah, juga dalam ketakutan & kekeliruan juga meminta Khadijah RA menenangkan Baginda SAW dengan menyelimutkannya.
6. Mengapa agaknya Jibril AS mendakap Baginda SAW? Mengapa agaknya Baginda SAW menyuruh Khadijah RA menyelimutkan dirinya?
7. Kerana dakapan itu adalah satu manifestasi CINTA & KASIH SAYANG.
8.Hari ini, terlalu banyak bencana & kekeliruan muncul di kalangan masyarakat dan kita tercari-cari di manakah penyelesaiannya kepada segala masalah.
9. Kita berbincang dan berkonvensyen untuk mencari ubat kepada penyakit sosial di kalangan masyarakat kita.
10. Sedangkan sebenarnya, ubat kepada segala kekeliruan itu hendaklah di mulakan dengan SEBUAH DAKAPAN TANDA BERKONGSI KASIH DAN SAYANG SESAMA UMAT.
11. Mengapa kita masih tak mahu berubah?
12. Perubahan besar berpunca dari perubahan yang kecil dan di buat secara berjemaah & istiqamah.
13. MUNGKIN PUNCA SEBENAR MASALAH KEKELIRUAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT KITA PADA HARI INI BERPUNCA DARI KURANGNYA KASIH & SAYANG SESAMA KITA?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila jaga tuturkata anda semasa menulis komen dalam blog Azam Buzze ini.Jika anda mahu juga menggunakan bahasa yang kasar, sila ke Facebook Buzze Azam pula.Terima kasih.