Selasa, 4 Mei 2010

KISAH YAHUDI YANG TAK MAHU BERSYUKUR

SALAM KOMRADSHIP.
Setiap daripada kita bertungkus-lumus bekerja bagi memenuhi tuntutan kehidupan kita. Apabila kita cuba mengatur keseimbangan antara keperluan & kehendak dalam kehidupan kita, kita sering di duga oleh hawa nafsu yang sentiasa mahu memiliki melebihi orang yang lain.

Ada antara kita yang membandingkan nasib sendiri berbanding nasib orang lain. Sehingga ada keadaannya apabila nafsu berjaya menguasai diri, seseorang itu tidak gembira menjadi dirinya sendiri dan bertanya-tanya kepada nafsunya, "mengapa nasib aku tidak sebaik si polan".

Terkadang, dengan tujuan untuk kelihatan berdiri sama tinggi, kita menuntut, mendesak & meminta itu dan ini dan tanpa kita sedari sememangnya tuntutan yang berasaskan hawa nafsu sememangnya tidak akan ada kesudahannya.

Allah SWT telah memberikan peringatan kepada kita tentang sikap mendesak meminta-minta ini dengan menurunkan ayat 60 dan 61 Surah Al-Baqarah seperti di bawah:-

DAN INGATLAH KETIKA NABI MUSA MEMOHON (KEPADA ALLAH) SUPAYA DI BERI AIR UNTUK KAUMNYA

MAKA KAMI (ALLAH) BERFIRMAN “PUKULLAH BATU ITU DENGAN TONGKATMU”

IA PUN (MUSA) MEMUKULNYA

LALU TERPANCUTLAH DARI BATU ITU 12 MATA AIR

SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP SATU PUAK DI ANTARA MEREKA TELAH MENGETAHUI TEMPAT MINUMNYA MASING-MASING

DAN KAMI (ALLAH) BERFIRMAN “MAKANLAH DAN MINUMLAH KAMU DARI REZEKI ALLAH ITU DAN JANGANLAH KAMU MEREBAKKAN KEROSAKAN BENCANA DI MUKA BUMI”

DAN KENANGKANLAH KETIKA KAMU (YAHUDI) BERKATA “HAI MUSA KAMI TAK SABAR SUDAH JEMU DGN MAKANAN YANG SEMACAM SAHAJA MAKA POHONKANLAH KEPADA TUHANMU UNTUK KAMI SUPAYA DI KELUARKAN BAGI KAMI SEBAHAGIAN DARI APA YANG TUMBUH DI BUMI DARI SAYUR-SAYURANNYA DAN MENTIMUNNYA DAN BAWANG PUTIHNYA DAN KACANG DHALNYA SERTA BAWANG MERAHNYA”

NABI MUSA MENJAWAB “ADAKAH KAMU MAHU MENUKAR SESUATU YANG KURANG BAIK DENGAN MENINGGALKAN YANG LEBIH BAIK? TURUNLAH KAMU KE BANDAR DI SANA KAMU BOLEH DAPATI SEMUA YANG KAMU MINTA ITU”

DAN MEREKA DI TIMPAKAN DENGAN KEHINAAN DAN KEPAPAAN DAN SUDAH SEPATUTNYA MEREKA MENDAPAT KEMURKAAN DARIPADA ALLAH YANG DEMIKIAN ITU MENYEBABKAN MEREKA KUFUR MENGINGKARI AYAT-AYAT ALLAH PERINTAH-PERINTAH DAN MUKJIZAT-MUKJIZAT YANG MEMBUKTIKAN KEBESARANNYA DAN MEREKA PULA MEMBUNUH NABI-NABI DGN TIDAK ADA ALASAN YANG BENAR YANG DEMIKIAN ITU ADALAH DI SEBABKAN MEREKA MENDERHAKA DAN MRK PULA SENTIASA MENCEROBOH

Ayat di atas menceritakan tentang bangsa Yahudi yang tidak tahu bersyukur dan terus meminta-minta kepada Nabi Musa supaya memohon kepada Allah berbagai-bagai benda dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan lantas mengundang kemurkaan Allah.

Saya tidak menafikan hakikat kehidupan mengejar kesempurnaan. Tetapi jika kita tidak bersyukur dgn apa yang kita miliki sekarang, kita membandingkan pula dengan "kebahagiaan" orang di Jepun, Australia dan Korea, serta mempersoalkan pula takdir kita di sini dengan berkata:-

"Rakyat di Uganda kehidupan mereka lebih baik, gaji mereka lebih banyak, harga minyak mereka lebih murah"......tiada kesudahannya,meminta-minta.

Jika kita mengikut sunnah Nabi Musa dalam ayat di atas, kepada mereka yg berperangai seperti Yahudi yg mendesak meminta2 begitu, boleh saja kita berkata sebegini :-

“ADAKAH KAMU MAHU MENUKAR SESUATU YANG KURANG BAIK DENGAN MENINGGALKAN YANG LEBIH BAIK? BERPINDAHLAH KAMU KE UGANDA KERANA DI SANA KAMU BOLEH DAPATI SEMUA YANG KAMU MINTA ITU”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila jaga tuturkata anda semasa menulis komen dalam blog Azam Buzze ini.Jika anda mahu juga menggunakan bahasa yang kasar, sila ke Facebook Buzze Azam pula.Terima kasih.